RSS

konvo ija, johor darultakzim...


" mission complete!! "



Hari ini siaplah sudah dihantar 1 unit wakaf untuk Maahad Ehyak Diniah Kg.Gajah , Perak.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah. s.w.t.

hanya sampan Riverstone........


sampan Riverstone masih lagi di darat. InAllah setelah siap kanopi dan railing bolehlah turun ke laut. Sesiapa kaki pancing yang brcadang nk ke pulau 9 atau pangkor atau ke pulau talang bleh le buat tempahan sekarang...

Pantai Teluk Senangin...


Pantai Teluk Senangin,
Walaupun air lautnya masih sama,
Walaupun butir pasir pantainya masih sama,
Namun perasaan dan jiwanya
Sendi2 dan aromanya
Mengamit merindu nostalgia.

Dalam pasirnya penuh dengan kenangan
Dalam biru air lautnya penuh penangan,

Manusia mengubah lanskapnya
Manusia meratah hatinya

Semalam.
Pantai Teluk Senangin...
Berkata padaku.
Sudah lama tidak bertemu
Sahabat lama Sang Penyu..


Pak Omar
Pantai Remis, Perak.

terkenang masa lalu.......







wooden swing

produk buaian kayu pertama Besikayu Design......

Selamat Tinggal Rabbit....

pagi hari ini, 08.01.12, telah datang 2 orang sahabat dari Shah Alam dan telah berkenan membeli kesemua arnab-arnab di kebun arnab kami. 2 orang muda yang gigih dan bersemangat ini bercadang untuk membawa kesemua arnab ini kesebuah penempatan baru di Muar, Johor.
Jauh terasa disudut hati berpisah dengan sang arnab yang sangat rapat dengan keluarga kami. Tiba masanya jiran belakang rumah kami ini akan berpisah buat selama-lamanya. Hampir 4 tahun kami sekeluarga terlibat dengan sukaduka industri arnab ini. Akhirnya tiba penghujung...lama kelamaan mungkin terlupa jua....

kotak menyusu baby rabbit yg lebeh praktikal...




hasil pengalaman 2 ratus tahun menceburi penternakan arnab, hasil gabungan teknologi nano dan mengambil kira nasihat pakar-pakar forensik nuclear, maka dgn rasa rendah hati kami ingin memberi cadangan supaya arnab2 anda yang xmenyusu itu dimasukan kedalam kotak sperti gambor tertera di atas. Pada pendapatan kami, arnab yg dipaksa berbuat begitu akan trauma sketika, tetapi akhirnya dpt menerima hakikat sikap malas membawa padah. Didapati juga berada dlm kotak bertutup yg agak gelap akan menenangkan mangsa dan meransang hormon susu untuk hari esoknya. Ini hanya cadangan...kotak ini pun tidak dikomersilkan. Anda dibenarkan meniru konsep ini tanpa perlu kebenaran penulis. Wallahualam.........

Habes dah...




habesss.............

habesss.............

habesss.............

BEN ( pun habes jugak...)

entara 2 darjat...


Yeenek dan Yeelek

Zaman sudah berubah. Dulu lain, sekarang dah lain. Ketika omputih sibuk membina Titanic, kita masih lagi bercawat. Sekarang Melayu Baru sudah maju. Banyak perkara pelik dulunya la ni sudah menjadi lumrah. Kehidupan ibarat peperangan. Undang2 manusia yang bikin. Undang2 tuhan pun ramai yang rempuh, apatah lagi tatanegara.
Di Riverstone Rabbit Farm ada 2 perkara berbeda. Baru2 ni Yeenek dan Yeelek sudah selamat beranak pada hari yang sama. Yeenek beranak 8 dan Yeelek pula beranak 3. Kekadang tu kuantiti xler penting. Anak2 yang sihat dan membesar tanpa masalah dan memeningkan ibubapa. Ini bukan mengata, hanya sekadar berkata2. Yeenek seekor induk yang sangat penyayang. Sebelum melahirkan, persediaan awal telah dibuat. Selimut, lampin, barut dan peralatan perlu semua telah tersedia. Minyak TYT dan mak bidan telahpun dikhabarkan dari awal lagi. Selesai beranak, semua anaknya selamat diselimuti salju yang melindungi dari penjahat luar seperti nyaamuk dan kerongge. Hari2 berlalu. Anak2 Yeenek membesar dengan riang gumbira dan nampak pintar walaupun tanpa gangliosida.
Yeelek memang yeeleek! Tiada persediaan awal. Kad rekod pun entah kemana. Tau saja beranak selambak atas lantai. Lepas tu buat2 xpaham. Anak terkodek-kodek lantak kaulah. Tapi yang baiknya, malam hari Yeelek tetap menyusu anak2nya. Syukurlah. Masih ada kasih ibu pada dirinyer.

Kotak Menyusu Arnab





Kadangkala terdapat induk arnab yang dipelihara oleh kita tidak menyusu anaknya seperti yang diharapkan. Semua penternak arnab akan mengalami situasi sebegini dan perbagai alternatif dibuat untuk mengatasi masalah. Kami di arnab riverstone telah mencuba kaedah kotak susuan ini dan terdapat sedikit kemajuan dalam cara menyelesaikan masalah perangai pelik arnab ini.

Huiiee! Mbebe Khalewalele beranak 12 yob!!



Pagi tadi. selepes minum kopi, jam dinding kat rumah membilang 6.30 pagi. Ya Allah, usiaku bertambah 1 hari lagi, usia anak-anak ku, usia isteriku ditambah lagi untuk terpacak didunia fana ini. Syukurlah kami semua sihat sejahtera untuk meneruskan kehidupan yang bertangga-tangga dan berongga-rongga.
Selain menyusuri baki kehidupan, pelbagai perangkap untuk hidup dipasang dan diolah pelbagai rupa. Kalau hajatkan gajah, jangan dipasang perangkap kancil, kalau cinta datang melayang, ada udang yang xdiundang.
Jadinya, kami sekeluarga menternak arnablah. Bisnis keluarga. Nampaknya semua berminat, semua terlibat.
Kalau cuti sekolah, semua kat asmara tu balik, maka meriahlah kampung arnab kat belakang umah tu.
Kecuali aiman, dia nampak kureng sikitlah. Orang bagi mkn arnab, dia tengok kartun, orang menyapu sampah, dia main games.
Kini hampir 2 tahun, masa terlalu cemburu, berasak-asak perginya. Bisnis arnab kami masih lagi bertahan. Bertahan juga bermaksud tidak kedepan, kebelakang pun idak. Mohd Naim baru habis baca buku, dialah harapan untuk mencorak irama bisnis arnab masa depan. Kegigihannya memberi kami semangat untuk melonjak bisnis ini setinggi termampu. Tapi Naim hanya sementara, cita-citanya mau sambung baca lagi, itu harapannya dan juga carta keluarga.

Eh, pagi ini sekor induk arnab NZW yang bernama Mbebe Khalewalele bt Mbebel Houiuoi selamat beranak. Anaknya 12 eko dan alhamdulillah semuanya stabil. Ini kali ke3 arnab di asrama kami beranak 12. Syukur sangat dengan prestasi ini dan harapnya anak 12 ini dapat membesar dengan sihat seperti arnab-arnab lain didunia ini. Sebenarnya berita ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau angkat bakul. Tapi kami ingin menceritakan tentang kemampuan arnab membiak dan tahap produktiviti ternakan dalam sangkar.

Wallahualam!

Pak Omar..

Memori Riverstone, mereka telah pergi...hu..hhu..huu!





Hanya tinggal kenangan.. antara berjuta-juta arnab yang manja,comel dan gebu yang dilahirkan di riverstone telah pergi buat selama-lamanya. Ada diantara mereka yang kembali ke dalam tanah, menjadi gulai rendang dindings dan ada juga yang berpindah ke lokasi baru. Seketika aku termenung dikerusi batu dibawah pohon tembusu, terkenang kisah lalu, rasa terharu.......................................!

Sangkar arnabku...











Hanya tinggal kenangan........

Ekspresi Terkini Wajah D Riverstone




Sangkar Arnab Bulat









Sangkar2 Arnab Riverstone










Related Posts with Thumbnails